Janda sanggup naik bas empat jam jumpa duda, ditangkap khalwat di hotel

Iklan
Penguat kuasa JAINJ menjalankan pemeriksaan di sebuah hotel di Kluang pada petang Ahad.- Foto JAINJ

KLUANG- Seorang wanita sanggup menghabiskan masa kira-kira empat jam menaiki bas ekspres dari Melaka ke Kluang demi bertemu seorang duda, namun pertemuan itu berakhir apabila mereka ditahan kerana disyaki berkhalwat di sebuah hotel di sini petang Ahad.

Wanita berusia 20-an berstatus janda itu dikatakan tiba di Kluang kira-kira jam 6 petang sebelum terus menuju ke hotel untuk bertemu lelaki berusia 30-an yang dikenalinya.

Iklan
Iklan

Menurut Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ), lelaki terbabit yang juga duda anak empat dan bekerja di Kluang sudah terlebih dahulu mendaftar masuk ke hotel berkenaan dengan menaiki motosikal.

“Penguat kuasa menjalankan pemeriksaan kira-kira jam 6.40 petang dengan mengetuk pintu bilik sebelum lelaki terbabit membukanya kira-kira lima minit kemudian.

Iklan

“Dia memakai baju-T dan seluar panjang sebelum pemeriksaan diteruskan di dalam bilik.

Jelas JAINJ, kedua-duanya mengaku tidak mempunyai hubungan pernikahan dan memberi alasan hanya bertemu untuk berbual serta berbincang.

Iklan

“Apabila ditanya tujuan wanita itu datang dari Melaka, dia memberitahu mahu bertemu lelaki terbabit untuk berbincang.

“Namun apabila ditanya apa yang dilakukan dalam bilik, kedua-duanya mendakwa hanya berbual dan tidak melakukan sebarang perbuatan yang melibatkan sentuhan,” katanya.

Pemeriksaan lanjut turut menemukan beg serta pakaian wanita berkenaan di dalam almari, dipercayai dibawa bersama selepas menempuh perjalanan jauh dari Melaka.

“Keadaan bilik ketika diperiksa juga agak kemas dengan katil masih tersusun, manakala penghawa dingin ditetapkan pada suhu 20 darjah Celsius dan televisyen sedang dipasang.

“Pasangan terbabit turut memaklumkan mereka mempunyai hasrat untuk berkahwin,” katanya.

Pasangan itu disiasat mengikut Seksyen 27 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Johor dan akan didakwa di Mahkamah Syariah.