Kesilapan teknikal punca Jalur Gemilang dipasang tanpa bulan bintang – Ahmad Samsuri
Iklan
Ahmad Samsuri menyifatkan insiden yang tular di media sosial pada Jumaat lalu itu sebagai kes terpencil.
​KUALA TERENGGANU - [KEMAS KINI] Kejadian pemasangan Jalur Gemilang tanpa lambang bulan dan bintang di Dataran Batu Buruk di sini bukan dilakukan secara sengaja sebaliknya berpunca daripada kesilapan teknikal.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menyifatkan insiden yang tular di media sosial pada Jumaat lalu itu sebagai kes terpencil.
Iklan
Iklan
​"Apa-apa pun, kita akan lakukan siasatan dan memastikan perkara itu tidak berulang lagi, walau siapa jua yang memasangnya termasuklah orang awam dan sebagainya," katanya.
​Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas merasmikan Sambutan Hari Renjer Sedunia 2026 peringkat negeri Terengganu di Wisma Darul Iman di sini pada Isnin.
Iklan
Sebelum ini tular satu rakaman video di media sosial memaparkan sehelai Jalur Gemilang yang dikibarkan di Dataran Batu Buruk tanpa lambang bulan dan bintang, sekali gus mencetuskan pelbagai reaksi serta perhatian dalam kalangan warganet.
​Sementara itu, Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT), Datuk Lizan Che Mat menjelaskan, bendera berkenaan pada asalnya mempunyai simbol bulan dan bintang yang dijahit terpisah, namun bahagian tersebut tercabut akibat angin kencang.
Iklan
​Menurut beliau, pihak MBKT telah mengambil tindakan serta-merta dengan menurunkan bendera terjejas pada hari kejadian dan menggantikannya dengan Jalur Gemilang baharu.
​"Bendera yang lama bukan tidak ada bulan dan bintang, cuma kita jahit dan bahagian sebelah itu tercabut akibat ribut kuat pada hari berkenaan.
​"Selepas ini, kita tidak akan jahit lagi sebaliknya kita akan beli bendera yang sudah siap dan sempurna sepenuhnya," jelas beliau.
​Lizan menjelaskan, langkah tersebut diambil bagi memastikan pemasangan bendera sentiasa mematuhi spesifikasi ditetapkan dan mengelakkan kejadian sama berulang.
​Tambah beliau, MBKT sentiasa memandang serius perkara berkenaan dan akan memastikan semua premis serta kawasan awam memasang Jalur Gemilang yang berada dalam keadaan sempurna.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Pelantikan ADUN wakil parti Gerakan dibuat hari pertama Sidang DUN - Ahmad Samsuri"><meta itemprop="description" content="Proses pelantikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lantikan mewakili kaum Cina daripada Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan) akan dilaksanakan pada hari pertama Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada 16 November ini.
​Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, langkah itu bagi membolehkan wakil tersebut mengangkat sumpah dan seterusnya mengambil bahagian dalam perbahasan pembentangan belanjawan kerajaan negeri.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/804122/edisi/terengganu/pelantikan-adun-wakil-parti-gerakan-dibuat-hari-pertama-sidang-dun---ahmad-samsuri
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #ADUN #Gerakan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-11T08:47:17.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s2.dmcdn.net/v/gqMrA1gz2kLJ7XcK6/x1080"><meta itemprop="duration" content="P70S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbvp4cq"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbvp4cq"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbvp4cq"></script>