SHAH ALAM - Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memaklumkan pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang akan menduduki peperiksaan itu pada suku pertama tahun depan akan memasuki institusi pengajian tinggi awam (IPTA) pada sesi akademik 2021/2022.
KPT dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata, bagi program asasi dan diploma termasuk matrikulasi, pelajar dijangka memasukinya pada Julai atau Ogos 2021, manakala bagi program ijazah pada Oktober 2021.