Sembilan kawasan di Sarawak catat IPU tidak sihat

Iklan
Jumlah kawasan yang merekodkan bacaan IPU pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan di Sarawak pada pagi ini meningkat kepada sembilan. Foto hiasan

KUCHING - Jumlah kawasan yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat akibat jerebu rentas sempadan di Sarawak pada pagi ini meningkat kepada sembilan.

Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), kawasan berkenaan ialah Kuching (161), Samarahan (161), Serian (179), Sri Aman (155), Sarikei (155), Sibu (158), Mukah (156), Bintulu (142) dan Samalaju (141).

Iklan
Iklan

Bacaan IPU sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan IPU melebihi 300 adalah berbahaya.

Data IPU dikeluarkan setiap jam, berdasarkan 68 stesen pengawasan kualiti udara di seluruh negara. - Bernama 

Iklan
Iklan