Dua wanita cantik nekad kejar pesawat hampir berlepas

Iklan
Tindakan mereka mengundang kritikan warganet selepas rakaman kejadian itu tular di media sosial. Foto: Agensi

MOSCOW - Dua wanita cantik mencetuskan kekecohan apabila mereka dilihat berlari di kawasan apron lapangan terbang dalam cubaan terdesak untuk mengejar pesawat yang bakal berlepas.

Rakaman kejadian menunjukkan kedua-duanya meluru ke arah pesawat ketika ia bersedia untuk berlepas sebelum mereka bertengkar dengan kakitangan lapangan terbang.

Iklan
Iklan

Sambil membawa bagasi, mereka melambai-lambai ke arah juruterbang dan memintanya berhenti ketika pesawat berkenaan sedang mengundur.

Mereka kemudiannya menghampiri seorang pekerja yang segera menghubungi kawalan trafik udara untuk memaklumkan insiden berkenaan.

Iklan

Tidak lama kemudian, dua lagi kakitangan bergegas ke lokasi dan cuba membawa kedua-dua wanita itu menjauhi pesawat.

Menurut laporan, mereka tiba lewat untuk menaiki penerbangan Aeroflot di Lapangan Terbang Antarabangsa Sheremetyevo, Moscow.

Iklan

Mereka nekad menceroboh kawasan apron kerana tidak dapat menerima hakikat sudah terlepas penerbangan. Kedua-duanya dilaporkan terpaksa menukar jadual penerbangan lain.

Rakaman kejadian luar biasa itu turut tular di media sosial dengan sebahagian besar pengguna meluahkan rasa terkejut dan tidak percaya.

Seorang pengguna berkata: 'Mereka ingat ini bas ke?'

Seorang lagi warganet mengulas: 'Peraturan tetap peraturan. Ada sebab ia diwujudkan, tidak kira berapa banyak wang yang anda ada.'

Di bawah undang-undang Rusia, kedua-dua wanita itu boleh dikenakan denda sehingga £45 (RM250) atas tindakan berkenaan. Jumlah itu boleh meningkat sehingga £260 (RM1,450) jika melibatkan kesalahan berkaitan penerbangan antarabangsa. - Agensi