Media Iran keluarkan video Mojtaba Khamenei

Iklan
Tangkap layar klip itu menunjukkan Mojtaba sedang berinteraksi dengan beberapa pengikutnya. Foto: Agensi

TEHERAN - Beberapa hari selepas media Israel melaporkan Pemimpin Agung Iran, Mojtaba Khamenei, berada dalam 'keadaan sangat kritikal', sebuah agensi berita tempatan bertindak menyiarkan video tanpa tarikh yang menunjukkan beliau dalam keadaan baik dan sedang berinteraksi dengan beberapa pengikutnya..

Klip berkenaan yang disiarkan Mehr News buat kali pertama dipercayai bertujuan menolak spekulasi yang semakin meningkat mengenai kesihatan dan keberadaan Mojtaba.

Iklan
Iklan

Rakaman itu muncul selepas laporan media Tel Aviv mendakwa beliau telah dikejarkan ke hospital selain kebimbangan mengenai keadaan kesihatannya mula tersebar dalam kalangan kepimpinan di Teheran.

Pada Jumaat lalu, saluran TV Israel, Channel 14, menyebut keadaan Mojtaba sangat serius. Laporan terdahulu oleh The Jerusalem Post yang memetik IranWire dan sumber yang rapat dengan pentadbiran Presiden Masoud Pezeshkian turut melaporkan kebimbangan terhadap kesihatannya.

Iklan

Sementara itu, spekulasi mengenai kesihatan Mojtaba, 56, semakin memuncak susulan kenyataan Pezeshkian.

Pemimpin tersebut menerusi satu temu bual memberitahu komunikasi secara langsung dengan pengganti Ali Khamenei itu semakin sukar dilakukan.

Iklan

Sejak mengambil alih kepimpinan Iran pada Mac lalu, beliau tidak pernah muncul di khalayak ramai dan hanya berkomunikasi melalui kenyataan bertulis. Beliau juga tidak kelihatan ketika pengebumian bapanya.

Ketiadaan berpanjangan Pemimpin Agung itu turut mencetuskan desas-desus mengenai kematiannya.

Pada Mei lalu, pejabat Mojtaba menepis khabar angin berkenaan dengan menegaskan bahawa beliau sihat dan masih menguruskan hal ehwal negara.

“Musuh cuba menyebarkan khabar angin bagi melaksanakan konspirasi mereka,” kata Timbalan Ketua Pejabat Pemimpin Tertinggi bagi Hal Ehwal Antarabangsa. - Agensi