Bapa lemas cuba selamatkan anak jatuh kolam ikan

Iklan
Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort. Gambar hiasan

KUANTAN - Seorang lelaki lemas ketika cuba menyelamatkan anaknya yang terjatuh ke dalam kolam ikan di sebuah resort di Sungai Ruan, Raub pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintenden Mohd Shahril Abdul Rahman berkata, pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian melibatkan mangsa, Mohamed Hafidz Che Din, 46, kira-kira jam 3 petang tadi.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, berdasarkan siasatan awal, Mohamed Hafidz terjun ke kolam ikan itu bagi menyelamatkan anak lelakinya berusia lapan tahun yang terjatuh akibat mahu mengambil plastik bekas roti yang digunakan untuk umpan memancing.

Mohd Shahril berkata, Mohamed Hafidz diberikan bantuan pernafasan (CPR) beberapa kali namun gagal dan dibawa ke Hospital Raub.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan di hospital berkenaan mendapati, punca kematiannya disebabkan kekurangan oksigen akibat lemas (asphyxia secondary to drowning). - Bernama