Latar belakang
- Ismahalil Hamzah atau lebih dikenali sebagai Isma Halil.
- Merupakan bekas penyampai radio atau DJ yang kini berusia 53 tahun.
- Dilahirkan pada 17 Februari 1973
- Merupakan pengasas stesen radio dalam talian Bapakku FM
Profil Kerjaya
- Veteran industri: Ismahalil mempunyai pengalaman lebih 31 tahun sebagai penyampai radio dan DJ, selain dikenali dengan pemilihan lagu berkonsepkan rock dan blues yang berjaya menarik ramai pendengar setia.
- Stesen radio: Sebelum menubuhkan platform digital sendiri, dia pernah berkhidmat di beberapa rangkaian radio popular di Malaysia.
- Keusahawanan: Mengasaskan Bapakku FM, sebuah stesen radio penstriman dalam talian yang memfokuskan kepada peminat muzik rock tempatan serta membina komuniti pendengar yang rapat.
Kronologi Kes Mahkamah
- Pada 5.35 petang 27 Ogos 2021, Ismahalil ditahan selepas polis menyerbu sebuah rumah di Wangsa Maju, Kuala Lumpur dan menemukan 374.6 gram kanabis.
- Dia didakwa mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, yang ketika itu memperuntukkan hukuman mati jika disabitkan kesalahan.
- Pada 6 September 2021, dia didakwa kali pertama di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, atas pertuduhan mengedar dadah jenis kanabi
- Pada 21 Februari 2022, Ismahalil mengaku tidak bersalah atas pertuduhan berkenaan dan pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.
- Pada 27 Februari 2023, Ismahalil menangis sambil memandang ke arah isteri dan anak-anaknya, selepas mahkamah memerintahkan dia membela diri atas tuduhan tersebut.
- Pada 17 Julai 2023, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepas dan membebaskan Ismahalil selepas memutuskan pihak pembelaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah berhubung pemilikan serta kawalan terhadap bagasi yang mengandungi bahan terlarang tersebut.
- Pada 7 Ogos 2026 Ismahalil dihukum penjara 30 tahun selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskannya atas kesalahan mengedar dadah pada September 2021.
- Keputusan dibuat sebulat suara tiga panel hakim dipengerusikan Datuk Noorin Badaruddin bersama Datuk Radzi Abdul Hamid dan Datuk Meor Hashim Abdul Hamid.
- Hukuman penjara 30 tahun berkenaan bermula 7 Ogos 2026.