Proses kenaikan pangkat tentera, polis dipermudah dan dipercepat - Anwar
Iklan
Anwar
MELAKA - Kerajaan secara prinsipnya bersetuju supaya proses kenaikan pangkat melibatkan warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM), dipermudah serta dipercepat, selari dengan skim perkhidmatan awam yang lain.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, butiran mengenai kaedah baharu itu dijangka diumumkan sewaktu sambutan Ambang Merdeka di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada 30 Ogos ini.
Iklan
Iklan
"Kita berikan ruang sedikit kepada mereka,” kata beliau berucap pada Program Semarak Kenegaraan bersama ATM di Kem Terendak di sini pada Jumaat. 
Hadir sama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan; Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari; Shamsul Azri dan Panglima Tentera Darat (PTD) Jeneral Tan Sri Azhan Md Othman.
Iklan
Anwar berkata, isu mengenai kenaikan pangkat pegawai ATM sebelum ini pernah dibangkitkan secara terus kepada beliau, sewaktu mengadakan lawatan ke Kem Syed Sirajuddin di Gemas, Negeri Sembilan bulan lepas. - Bernama 
Iklan
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79"><meta itemprop="description" content="Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil beri sinar harapan, kumpul RM134,477.79
Kempen Sinar Untuk Jantung Si Kecil memberi sinar harapan kepada kanak-kanak yang memerlukan rawatan jantung apabila berjaya mengumpulkan sumbangan sebanyak RM134,477.79 hasil keprihatinan masyarakat seluruh negara, lapor wartawan Sinar Harian, Nurul Hidayah Hamid dan juruvideo, Zamir Yusof.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Institut Jantung Negara (IJN), Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya berkata, sumbangan berkenaan memberi peluang kepada pesakit mendapatkan akses kepada rawatan yang diperlukan, selain meringankan kebimbangan kewangan keluarga.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797454/berita/nasional/kempen-sinar-untuk-jantung-si-kecil-beri-sinar-harapan-kumpul-rm134477-79
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #SinarDihati #IJN #kempenSinarJantungsiKecil"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-09-22T12:28:15.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P180S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbbg4c2"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbbg4c2"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbbg4c2"></script>