Helah guna kenderaan mewah seludup arak, rokok terbongkar

Iklan
Aminul Izmeer (tengah) menunjukkan barangan seludup yang dirampas.

BATU PAHAT – Helah sindiket penyeludupan menggunakan kenderaan mewah bagi mengaburi pihak berkuasa akhirnya terbongkar apabila Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Johor menahan empat lelaki dalam empat serbuan berasingan.

Pengarah Kastam Johor, Aminul Izmeer Mohd Sohaimi berkata, kesemua suspek berusia lingkungan 20-an hingga 60-an ditahan dalam operasi di Batu Pahat, Muar dan Bahau, Negeri Sembilan.

Iklan
Iklan

Menurutnya, keseluruhan rampasan membabitkan 895.67 liter minuman keras dan 261,390 batang rokok tidak bercukai, selain menyita sebuah Toyota Vellfire dan Mercedes-Benz CLA 200 yang dipercayai digunakan dalam kegiatan penyeludupan.

"Serbuan kedua pada 25 Jun di Kampung Parit Kasim pula menemukan 134,430 batang rokok dan 501.25 liter minuman keras yang disorokkan di bawah lantai bilik sebuah rumah," katanya pada sidang media di Pejabat JKDM Batu Pahat pada Jumaat.

Iklan

Aminul Izmeer (tengah) menunjukkan barangan seludup yang dirampas.

Beliau berkata, serbuan ketiga pada 6 Julai di Jalan Kim Kee, Muar yang mana sebuah Proton X70 ditahan dengan 39,600 batang rokok pelbagai jenama ditemukan di tempat duduk belakang dan ruang but kenderaan.

Iklan

Katanya, tangkapan keempat di Bahau pula membawa kepada rampasan 64,800 batang rokok tidak bercukai dan penyitaan sebuah Mercedes-Benz CLA 200.

Aminul Izmeer berkata, sindiket dipercayai membawa masuk barangan seludup sebelum menyembunyikannya di rumah kediaman atau kenderaan bagi tujuan pengedaran ke pasaran tempatan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 135 Akta Kastam 1967 yang memperuntukkan hukuman denda sehingga 10 kali ganda nilai barangan atau RM100,000, mengikut mana yang lebih tinggi, atau penjara sehingga lima tahun bagi kesalahan kedua.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai menyalurkan maklumat kepada JKDM bagi membantu membanteras kegiatan penyeludupan yang boleh mengancam keselamatan negara.