30 tahun ketagihan dadah, suami isteri warga emas ditahan AADK
Iklan
Mahadzir bertanya sesuatu kepada pasangan warga emas yang ditahan selepas sidang akhbar di pejabat AADK Pahang di Indera Mahkota di sini pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN/NORAWAZNI YUSOF
KUANTAN – Tindakan sepasang suami isteri warga emas menyembunyikan ketagihan dadah kira-kira 30 tahun lalu akhirnya terbongkar selepas ditahan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di kediaman mereka di Jalan Gambang.
Pasangan yang berusia 67 dan 59 tahun antara 1,209 individu didapati positif dadah ditahan di dalam operasi yang diadakan serentak di seluruh negara sepanjang tempoh tiga hari yang berakhir pada Khamis.
Iklan
Iklan
Pengarah Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Mahadzir Elias berkata, pasangan warga emas itu tidak bekerja dan perbelanjaan harian mereka ditanggung lima anak berusia antara 24 hingga 31 tahun.
Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, pasangan itu dikategorikan sebagai penagih baharu kerana mereka pertama kali dikesan pihak AADK .
Iklan
Pasangan suami isteri warga emas ditahan AADK di rumahnya di Jalan Gambang pada Khamis. Foto SINAR HARIAN/NORAWAZNI YUSOF
"Alhamdulillah, kali ini kita dapat tahan dan insya-ALLAH, AADK akan membantu mereka melalui program rawatan serta pemulihan supaya dapat kembali berfungsi dalam komuniti," katanya pada sidang akhbar di pejabat AADK Pahang di Indera Mahkota di sini pada Jumaat.
Iklan
Hadir sama, Ketua Penolong Pengarah (Operasi) Bahagian Penguatkuasaan dan Keselamatan AADK, Hamizan Haidzir dan Pengarah AADK Pahang, Aman Mustapha.
Mengulas lanjut, beliau berkata, seramai 1,606 individu ditahan dengan 1,209 orang didapati positif dadah atau bahan membabitkan 1,153 lelaki dan 56 wanita.
Jelasnya, di Pahang, seramai 254 individu ditahan dengan 191 orang didapati positif dadah atau bahan.
"Seramai 131 orang daripadanya merupakan penagih baharu yang dikesan.
"Daripada jumlah positif itu, seramai 183 ialah lelaki manakala lapan lagi wanita," jelasnya.
Mahadzir pada sidang akhbar di pejabat AADK Pahang di Indera Mahkota di sini pada Jumaat. Foto SINAR HARIAN/NORAWAZNI YUSOF
Menurut Mahadzir, metamphetamine atau syabu kekal menjadi dadah paling dominan digunakan di Pahang apabila 145 individu didapati positif, diikuti opiat seramai 36 orang.
Ujarnya, di Kuantan merekodkan jumlah tangkapan tertinggi di negeri itu iaitu 67 orang, diikuti Rompin dengan 28 tangkapan.
Mahadzir memberitahu, AADK turut memberi tumpuan terhadap kawasan Felda apabila seramai 66 individu didapati positif dadah di enam daerah sepanjang operasi berkenaan.
Selain itu, katanya, pihaknya turut menerima aduan berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan dalam komuniti Orang Asli apabila operasi di Rancangan Pengumpulan Semula (RPS) Runchang berjaya menahan 12 individu.
"RPS Runchang sebelum ini telah dimasuki sebanyak dua kali dan dalam operasi pertama kita menahan 30 individu.
"Gejala penagihan dalam kalangan Orang Asli agak membimbangkan dan selepas ini kita akan memberi tumpuan kepada pendidikan pencegahan secara berkomuniti bagi membantu mereka," katanya.
Sehubungan itu, beliau menyeru individu yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah atau bahan supaya tampil secara sukarela mendapatkan bantuan rawatan dan pemulihan sebelum dikenakan tindakan perundangan.
"Sebenarnya perkhidmatan rawatan dan pemulihan secara sukarela ini lebih selamat dari segi masa depan serta pekerjaan mereka.
"Kita memang menyeru rakan-rakan kita yang masih berada di luar dan terjebak dengan masalah ini supaya tampil mendapatkan bantuan sebelum ditangkap secara perundangan.
"Dengan cara itu, mereka boleh menerima rawatan yang lebih baik untuk kembali berfungsi dalam masyarakat," katanya.
Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dijangka menjalani prosedur pemasangan perentak jantung (pacemaker) di Institut Jantung Negara (IJN) pada Jumaat.
Peguam, Datuk Amer Hamzah Arshad berkata, dengan perkembangan itu, adalah tidak praktikal untuk pihak pendakwaan membacakan pertuduhan di IJN memandangkan keadaan kesihatan Ahli Parlimen Bera itu.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/791100/berita/semasa/ismail-sabri-dijangka-jalani-prosedur-pemasangan-perentak-jantung-hari-ini---peguam
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.