GENTING HIGHLANDS – Resorts World Genting (RWG) menawarkan tiket masuk sehari ke Genting SkyWorlds pada harga istimewa RM38 sempena sambutan Hari Kebangsaan, sekali gus membuka peluang kepada lebih ramai rakyat Malaysia menikmati pengalaman di taman tema bertaraf dunia itu bersama keluarga.
Tawaran Kadar Merdeka yang dikhaskan kepada warga emas, kanak-kanak dan orang kurang upaya (OKU) itu merupakan antara tarikan utama sempena sambutan ulang tahun ke-61 resort berkenaan, yang turut diserikan dengan pelbagai promosi eksklusif bagi menghargai sokongan pengunjung sejak lebih enam dekad lalu.
Menurut RWG, inisiatif tersebut diinspirasikan oleh semangat Malaysia Madani dengan matlamat memastikan pengalaman rekreasi berkualiti dapat dinikmati oleh semua lapisan masyarakat.
"Melalui Kadar Merdeka RM38, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat meraikan Hari Kebangsaan bersama insan tersayang sambil mencipta kenangan bermakna di Genting SkyWorlds," menurut kenyataan itu.
Selain promosi sempena Merdeka, RWG turut melancarkan Jualan Kilat Ulang Tahun Ke-61 yang berlangsung selama 72 jam bermula 14 hingga 16 Ogos menerusi laman web rasmi dan aplikasi mudah alihnya.
Sepanjang tempoh tersebut, pengunjung berpeluang menikmati pelbagai tawaran menarik termasuk penginapan hotel bermula serendah RM59, dengan penjimatan sehingga 87 peratus di hotel-hotel terpilih seperti Hotel First World, Hotel Genting SkyWorlds, Resorts World Awana, Crockfords, Resorts World Kijal dan Resorts World Langkawi.
Bagi pencinta taman tema, RWG turut menawarkan Pas Tanpa Had Genting SkyWorlds pada harga RM188 untuk rakyat Malaysia, selain pakej dua tiket masuk taman tema bermula RM126.
Pengunjung yang ingin menikmati keseronokan di Skytropolis Indoor Theme Park pula boleh mendapatkan dua Pas Perjalanan Tanpa Had pada harga bermula RM100, manakala tiket ke Eufloria Gardens & Sculpture Park ditawarkan serendah RM20 bagi rakyat Malaysia.
Dalam usaha menambah keterujaan sambutan ulang tahunnya, RWG turut memperkenalkan Digital Mystery Blind Box kepada pelanggan yang berbelanja minimum RM610 dalam satu transaksi sepanjang tempoh jualan kilat.
Ganjaran eksklusif itu menawarkan hadiah keseluruhan bernilai sehingga RM35,800, namun terhad kepada 1,500 penebusan pertama.
RWG turut menjalin kerjasama dengan Perkhidmatan Tren Elektrik (ETS) menerusi pelbagai ganjaran eksklusif kepada penumpang, termasuk peluang memenangi tiket Genting SkyWorlds serta tawaran makanan dan minuman istimewa sepanjang bulan Ogos.
"Pada 14 Ogos 2026, penumpang yang menaiki koc ETS khas RWG berpeluang memenangi tiket ke Taman Tema Genting SkyWorlds menerusi kejutan istimewa di dalam tren.
"Dari 14 hingga 31 Ogos 2026, para pengunjung yang mengemukakan tiket fizikal atau e-tiket ETS yang sah berpeluang menikmati tawaran istimewa makanan dan minuman di beberapa outlet terpilih di RWG.
"Di Lobby Café, pengunjung boleh mendapatkan satu lagi hidangan berbungkus pada harga RM6 dengan pembelian mana-mana hidangan terpilih sementara Taiko Ramen menawarkan Salmon Nego Gunkan Sushi pada harga RM6 dengan setiap
pembelian semangkuk ramen," katanya.
Menurut RWG, sambutan ulang tahun ke-61 itu bukan sekadar meraikan sejarah panjang resort berkenaan, malah sebagai penghargaan kepada jutaan pengunjung yang terus menjadikan destinasi peranginan itu pilihan utama untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakan.
Dengan gabungan promosi eksklusif, pengalaman hiburan bertaraf antarabangsa serta tawaran sempena Merdeka, RWG optimis sambutan ulang tahun kali ini mampu menarik lebih ramai pelancong domestik dan antarabangsa, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai antara destinasi pelancongan utama negara.