Semalam pakar politik, hari ini pencinta haiwan paling lantang

Iklan
Sebelum nama Rocky menjadi sebutan, penduduk sudah lama membangkitkan kebimbangan mengenai ancaman anjing liar terhadap keselamatan mereka. Foto hiasan

KADANG-KADANG Merak Jalanan rasa media sosial ini ada musimnya. Semalam semua orang jadi pakar geopolitik, hari ini pula ramai menjadi pencinta haiwan paling lantang.

Kematian anjing yang dikenali sebagai Rocky di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang telah mengundang gelombang simpati luar biasa.

Iklan
Iklan

Belum pun siasatan selesai, sudah ada yang pantas menjatuhkan hukuman kepada pihak tertentu.

Video yang tular dijadikan bukti mutlak, sedangkan keseluruhan cerita masih belum diketahui.

Iklan

Merak Jalanan faham, tiada siapa yang menyokong kekejaman terhadap haiwan. Jika benar berlaku layanan yang tidak berperikemanusiaan, ia wajar disiasat dan diambil tindakan.

Belas ihsan terhadap haiwan memang nilai yang harus dipelihara. Namun, dalam lautan simpati itu, jangan pula kita terlupa mengapa isu ini tercetus.

Iklan

Sebelum nama Rocky menjadi sebutan, penduduk sudah lama membangkitkan kebimbangan mengenai ancaman anjing liar terhadap keselamatan mereka.

Belas ihsan tidak sepatutnya memilih mangsa. Kita boleh mengasihani haiwan tetapi pada masa sama mengakui bahawa keselamatan orang ramai juga perlu diutamakan.

Anak-anak berhak bermain dengan tenang, warga emas berhak berjalan tanpa rasa takut dan penduduk berhak hidup dalam persekitaran yang selamat.

Merak Jalanan percaya masyarakat matang bukan yang paling cepat menghukum atau paling deras menitiskan air mata di media sosial.

Sebaliknya, masyarakat matang ialah masyarakat yang sanggup menunggu fakta, menghormati proses siasatan dan meletakkan belas ihsan serta keselamatan awam pada neraca seimbang.