'Surprise' durian buat cikgu kesayangan
Iklan
Affan Maleeq membawa durian ke Tabika Kemas untuk dihadiahkan kepada gurunya.
KUALA TERENGGANU– Bukan coklat, bukan bunga atau kad ucapan, sebaliknya sebiji buah durian yang dibawa khas oleh seorang murid prasekolah untuk guru kesayangannya.
Kejutan itu dilakukan murid sebuah Tabika Kemas di sini iaitu Affan Maleeq Muhammad Irsyaduddin sebagai tanda penghargaan kepada gurunya yang akan bertukar ke sekolah lain.
Iklan
Iklan
Ibunya, Nur Syazwani Alia Hassan Basri, 29, berkata, kejadian itu berlaku pada 22 Julai selepas Affan Maleeq mengetahui gurunya bakal mengadakan majlis perpisahan sebelum berpindah.
Menurut Nur Syazwani Alia, pada malam sebelum kejadian, arwah bapanya membeli beberapa biji durian sebelum anak keduanya itu mengambil sebiji buah berkenaan dan memasukkan ke dalam beg sekolah.
Iklan
"Saya dah larang dia bawa durian sebab buah itu berbau kuat dan berat untuk dia bawa. Saya juga cakap nanti tak cukup kalau nak bagi semua cikgu.
Nur Syazwani Alia berkata, dia hanya mengetahui tindakan Affan Maleeq itu sebenarnya satu kejutan selepas menerima mesej daripada guru berkenaan sebaik anaknya tiba di sekolah.
Iklan
Katanya, Affan Maleeq terlebih dahulu memeluk gurunya sebelum mengeluarkan durian daripada beg sekolah sambil memberitahu dia mempunyai kejutan untuk cikgunya.
"Pada mulanya saya ingat dia cuma bagi durian itu macam biasa. Rupanya dia buat 'surprise' untuk cikgu.
"Cikgu cerita, Affan datang peluk dia dulu, kemudian dia cakap, 'Cikgu, saya ada surprise,' sebelum ambil durian daripada beg dan bagi kepada cikgu," katanya.
Menurut Nur Syazwani Alia, hubungan rapat dengan guru berkenaan banyak membantu mengubah sikap anaknya yang sebelum ini kurang berminat untuk ke sekolah.
Katanya, Affan Maleeq yang mudah jatuh sakit kerana sistem imun yang agak lemah sebelum ini sering memberi alasan tidak mahu ke sekolah kerana takutkan guru.
Namun, layanan penuh kasih sayang daripada cikgu itu membuatkan Affan Maleeq semakin selesa dan gembira untuk hadir ke sekolah setiap hari.
Kini, walaupun sudah mempunyai guru baharu, Affan Maleeq masih mengingati guru kesayangannya itu dan kadangkala menyatakan hasrat untuk kembali bersama cikgu lama.
Nur Syazwani Alia berkata, Affan Maleeq masih mengekalkan rutin ke sekolah seperti biasa, cuma tiada lagi momen dia memeluk guru tersebut setiap kali tiba di sekolah.
Lima nelayan berdepan detik cemas apabila bot yang dinaiki mereka dirempuh sebuah bot lain ketika sedang berlabuh kira-kira 33 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, awal pagi Isnin.
​Tekong bot, Mamat Abdullah, 79, dari Kampung Batin, Kuala Nerus berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.30 pagi ketika dia bersama empat awak-awak sedang berehat sementara menunggu untuk pulang ke daratan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/803090/edisi/terengganu/bunyi-dentuman-kuat-rupanya-bot-dirempuh-nelayan-asing
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.