Pelajar kolej lemas ketika mandi-manda bersama sembilan rakan

Iklan
Mangsa, Ahmad Al Hafiz Asri Ahmad (gambar kiri) lemas ketika mandi-manda bersama rakan di Sungai Loh, Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun. Foto FB Balai Bomba Ambs/Tengku Mahri Tengku Chik

DUNGUN - Seorang pelajar kolej ditemukan lemas selepas mandi-manda bersama rakan di Sungai Loh, Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun dekat sini petang Khamis.

Komander Operasi  Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Al-Muktaffi Billah Shah, Pegawai Bomba Kanan I Kamal Suhaimi Abdullah berkata, Ahmad Al Hafiz Asri Ahmad, 19, ditemukan lemas oleh anggota pasukan bomba sukarela di celahan batu dalam jarak 10 meter dari tempat mangsa dikatakan hilang pada 5.20 petang. 

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa dari Kampung Jaya Baru, Jalan Felda Bukit Bading, di Ajil, dekat Hulu Terengganu disedari lemas oleh rakan-rakannya selepas terjun ke dalam sungai dan tidak timbul di permukaan air kira-kira 4.40 petang.

"Maklumat awal daripada rakan memaklumkan mangsa yang mengikuti pengajian Diploma Pengurusan Pelancongan Islam, bersama-sama sembilan rakan ke Sungai Loh untuk mandi-manda pada 11 pagi," katanya dalam kenyataan malam ini.

Iklan

Mangsa ditemukan lemas oleh anggota pasukan bomba sukarela di celahan batu dalam jarak 10 meter dari tempat dia dikatakan hilang. Foto FB Balai Bomba Ambs

Beliau berkata, lapan anggota bomba dan tiga anggota pasukan bomba sukarela terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat. 

Iklan

"Mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat," katanya. - Bernama