KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.
Kes terhadap Ismail Sabri dipercayai berhubung pengisytiharan harta.
Sebelum ini, Ismail Sabri telah dipanggil beberapa kali bagi sesi rakaman percakapan mengenai pengisytiharan harta yang dibuat oleh beliau kepada SPRM.
SPRM turut merampas wang tunai RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas tulen yang dianggarkan bernilai RM7 juta, berhubung siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau.
Rampasan dilakukan semasa penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan 'rumah selamat' hasil siasatan ke atas empat pegawai kanan Ismail Sabri yang ditahan pada Februari 2025.
Sementara itu, peguam Ragunath Kesavan yang mewakili Ismail Sabri ketika dihubungi Bernama mengesahkan anak guamnya akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur. - Bernama
ARTIKEL BERKAITAN: Ismail Sabri tidak hasrat cabar permohonan SPRM lucut hak wang lebih RM169 juta
Kes Ismail Sabri: SPRM mohon lucut hak RM170 juta
Kes Ismail Sabri: SPRM akan rekod keterangan Jovian
Ismail Sabri hadir kali keenam beri keterangan kepada SPRM
Kes Ismail Sabri: SPRM tahan pengurup wang bantu siasatan