SHAH ALAM - Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan mencuri perhatian ramai apabila menunjukkan kemahiran memasak menu kegemarannya, Nasi Goreng Ahmad Maslan atau NGAM untuk dijamu kepada pengunjung dan warga kerja Sinar Harian pada Khamis.
Beliau yang pada mulanya mengunjungi Kompleks Karangkraf bagi memenuhi undangan rakaman program Interviu atas kapasiti sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya sempat menyantuni orang ramai dengan hidangan NGAM petai selambak meskipun terkejar-kejar ke lokasi seterusnya.