Leong Kiew Hau hilang 9 hari, kali terakhir dilihat di rumah

Iklan
Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan Kiew Hau yang dilaporkan hilang sejak 28 Julai lalu.

BENTONG – Polis meminta bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas kali terakhir ditemui di kediamannya di Taman Sri Bukit Tinggi di sini pada 28 Julai lalu.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintenden Zaiham Mohd Kahar berkata, laporan berhubung kehilangan Leong Kiew Hau, 35, diterima selepas ibu saudara lelaki itu yang berusia 52 tahun pada Rabu.

Iklan
Iklan

"Kiew Hau berkulit cerah, berketinggian kira-kira 169 sentimeter, berat 52 kilogram dan berbadan sederhana.

"Pakaian terakhir yang dipakai tidak dapat dipastikan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Iklan
Iklan

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai keberadaan lelaki berkenaan diminta menghubungi Pusat Kawalan Daerah (DCC) IPD Bentong di talian 09-2231999 atau tampil ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.