Adakah pickleball mampu ‘bunuh’ badminton?

Iklan
Pickleball lebih menekankan kawalan, strategi dan permainan yang santai, manakala badminton terkenal dengan kelajuan, ketangkasan serta ketahanan fizikal yang tinggi.

KEBELAKANGAN ini, fenomena pickleball semakin mencuri perhatian masyarakat. Di taman rekreasi, kompleks sukan malah di beberapa gelanggang tenis diubah suai menjadi gelanggang pickleball kerana semakin ramai yang mahu mencuba sukan yang berasal dari Amerika Syarikat itu. Ada yang dulu pegang raket badminton, sekarang pegang paddle pula.

Merak Jalanan terfikir adakah pickleball mampu 'membunuh' badminton?Jawapannya, tidak semudah itu.

Iklan
Iklan

Memang diakui pickleball mempunyai banyak kelebihan. Permainannya lebih mudah dipelajari, kos peralatan kelas pertengahan yang masih munasabah dan sesuai dimainkan oleh kanak-kanak hinggalah berusia nenek.

Intensiti yang tidak terlalu tinggi turut menjadikannya pilihan bagi mereka yang mahu bersukan sambil beriadah tanpa perlu mengejar bulu tangkis seperti sedang mengejar bas yang hampir meninggalkan hentian.

Iklan

Namun, badminton mempunyai kelebihan yang sukar ditandingi. Sukan ini telah lama berakar dalam budaya masyarakat Malaysia. Dari gelanggang kampung hingga ke temasya Olimpik, badminton sentiasa mendapat tempat di hati rakyat.

Selain itu, kedua-dua sukan sebenarnya menawarkan pengalaman yang berbeza. Pickleball lebih menekankan kawalan, strategi dan permainan yang santai, manakala badminton terkenal dengan kelajuan, ketangkasan serta ketahanan fizikal yang tinggi.

Iklan

Justeru, kedua-duanya lebih dilihat sebagai pilihan yang saling melengkapi berbanding bersaing secara langsung.

Kesimpulannya, pickleball mungkin mampu mencuri perhatian dan menambah bilangan peminat sukan raket, tetapi untuk 'membunuh' badminton, ia masih jauh daripada realiti. Paling mungkin, kedua-dua sukan ini akan terus berkembang bersama.