Kasihnya ibu, ikan lumba-lumba enggan tinggalkan anak yang sudah mati

Iklan
Keadaan itu memberi gambaran ikatan keibuan yang kuat dalam spesies tersebut. Foto Newsway

PERTH – Seekor ibu lumba-lumba di Australia Barat mencuri perhatian penyelidik apabila diperhatikan membawa bangkai anaknya yang mati berusia kira-kira dua minggu selama beberapa hari di sebuah muara, dipercayai sebagai sebahagian daripada proses berkabung.

Menurut penyelidik, anak lumba-lumba itu merupakan anak keempat yang kehilangan nyawa dialami ibu berkenaan.

Iklan
Iklan

Sepanjang tempoh pemerhatian, mamalia laut itu dilihat berulang kali menolak dan mengusung bangkai anaknya di permukaan air, walaupun haiwan tersebut telah mati.

Pakar menjelaskan tingkah laku sedemikian bukan sesuatu yang luar biasa dalam kalangan spesies lumba-lumba dan paus, malah pernah direkodkan di beberapa lokasi di seluruh dunia.

Iklan

Mereka percaya tindakan itu mencerminkan ikatan kuat antara ibu dan anak serta menunjukkan haiwan berkenaan berkemungkinan melalui proses berkabung sebelum akhirnya melepaskan bangkai tersebut.

Bagaimanapun, penyelidik menjelaskan ibu lumba-lumba tidak dapat membawa bangkai anaknya untuk tempoh yang lama kerana haiwan itu akhirnya perlu kembali memberi tumpuan kepada keperluan hidup seperti mencari makanan dan mengelakkan ancaman pemangsa.

Iklan

Menurut mereka, walaupun sukar untuk mengesahkan emosi yang dialami haiwan, semakin banyak kajian menunjukkan mamalia marin memiliki tingkah laku sosial yang kompleks, termasuk reaksi yang menyerupai kesedihan apabila kehilangan anak atau ahli kumpulan.

Pemerhatian terbaharu itu sekali lagi mengukuhkan bukti bahawa lumba-lumba bukan sahaja terkenal dengan tahap kecerdasan yang tinggi, malah mempunyai hubungan sosial dan ikatan kekeluargaan yang sangat rapat.-Agensi