Lori terbabas: Operasi Shuttle Selatan, ETS alami kelewatan

Iklan
Sebuah lori yang membawa cecair mudah terbakar terbabas berhampiran laluan Kulai-Kempas. Foto KTMB

JOHOR BAHRU - Perkhidmatan Shuttle Selatan dan ETS di laluan Kulai-Kempas mengalami kelewatan, susulan gangguan bekalan elektrik akibat insiden sebuah lori yang membawa cecair mudah terbakar terbabas berhampiran laluan berkenaan pada Rabu.

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menerusi hantaran di laman Facebook memaklumkan gangguan itu, menjejaskan operasi tren di laluan berkenaan, manakala kerja-kerja pembersihan lokasi kejadian dan baik pulih bekalan elektrik sedang dijalankan.

Iklan
Iklan

"Bagi penumpang ETS yang terjejas, bas perantara akan disediakan di Stesen Kulai, Kempas Baru dan JB Sentral.

"Manakala buat masa ini, penumpang Shuttle Selatan disarankan menggunakan pengangkutan alternatif. Perbezaan tambang akan diberikan kepada penumpang yang terjejas,” menurut hantaran itu.

Iklan

Sementara itu, setakat 10.37 malam, KTMB memaklumkan tren ETS9449 mengalami kelewatan selama 32 minit, manakala ETS9533 lewat 55 minit berbanding jadual asal, namun kelewatan tren berkemungkinan berubah dari semasa ke semasa bergantung kepada keadaan operasi.

KTMB turut memohon maaf atas kesulitan itu dan meminta mereka yang memerlukan bantuan lanjut untuk menghubungi kakitangan stesen bertugas. - Bernama

Iklan