Kanak-kanak autisme ditemukan lemas di pantai

Iklan
Mangsa berusia 6 tahun lemas selepas dihanyutkan ombak ketika berada di tepi pantai. Gambar hiasan

CHUKAI  - Seorang kanak-kanak lelaki autisme ditemukan lemas selepas dihanyutkan ombak, ketika berada di tepi Pantai Kuala Kerteh dekat sini petang Rabu.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kerteh, Pegawai Bomba Tinggi II Mokhtar Dollah berkata, mangsa, Muhammad Syahmi Farhan Mohd Firdaus, 6, dari Kerteh dekat sini ditemukan lemas oleh orang awam yang turut membantu operasi pencarian mangsa pada 5.43 petang.

Iklan
Iklan

Beliau berkata, mangsa ditemukan pada jarak 30 meter dari lokasi terakhir mangsa dilihat bermain pasir di gigi air sebelum disedari hilang.

"Sebanyak lapan anggota dan seorang pegawai bomba bergegas ke lokasi kejadian selepas menerima panggilan pada 3.43 petang.

Iklan

"Anggota bomba menjalankan operasi pencarian menggunakan teknik pencarian di permukaan air pada jarak kira-kira 30 meter dari pantai di sekitar lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Mokhtar berkata, mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan yang tiba di lokasi sebelum dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk bedah siasat. - Bernama

Iklan