'Awak tenunglah muka saya lama-lama, nanti saya dah tiada sudah tidak boleh tengok'

Iklan
Ruzita menunjukkan gambar perkahwinan mereka yang berusia dua bulan semasa ditemui di Unit Forensik HPUSM, Kota Bharu pada Rabu.

KOTA BHARU -"Awak tenunglah muka saya lama-lama, nanti saya dah tiada sudah tidak boleh tengok."

Demikian kata Ruzita Amalin Abdullah, 27, menceritakan kembali kata-kata yang sering diungkap oleh suaminya, Muhd Fadzeli Nameram, 32, beberapa hari lalu sebelum arwah terlibat dalam kemalangan maut pada Rabu.

Iklan
Iklan

Fadzeli yang merupakan pemandu lori maut di lokasi kejadian selepas motosikal berkuasa tinggi jenis Z 800 ditungganginya dipercayai merempuh sebuah kereta jenis Perodua Axia yang didakwa hendak memasuki cabang di hadapan Pasar Seringgit, Jalan Yaakubiah, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang itu, mangsa yang berasal dari Kampung Chicha Menyabong, di sini dipercayai meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan

Menurut Ruzita, mereka berdua baru mendirikan rumah tangga dua bulan iaitu pada 5 Jun lalu.

"Hari ini 5 Ogos, genap dua bulan dan kini suami pergi tinggalkan saya.

Iklan

"Saya masih ingat setiap kali suami minta tenunglah muka dia lama-lama, nanti dia dah tiada sudah tidak boleh tengok. Saya marah padanya dan tanya kenapa cakap begitu, awak hendak tinggalkan saya ke," katanya tidak dapat menahan sebak ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM), di sini.

Gambar perkahwinan Ruzita dan suami.

Menurut ibu kepada dua anak yang berusia empat dan enam tahun itu, arwah merupakan suami ketiganya.

Ujar Ruzita, suami pertamanya meninggal dunia akibat sakit buah pinggang.

Tambahnya, suami kedua pula hanya bertahan 11 bulan sahaja kemudian mereka bercerai.

Ruzita yang bekerja kilang di Padang Tembak, Pengkalan Chepa memberitahu, pagi tadi dia sempat bersalam dan mencium tangan suaminya itu sebelum keluar bekerja.

"Itulah kenangan terakhir saya dengan arwah. Sehinggalah jam 4.45 petang tadi semasa masih di tempat kerja saya menerima panggilan telefon daripada ahli keluarga memaklumkan suami terlibat dengan kemalangan.

"Saya dimaklumkan suami keluar untuk membeli alat ganti kereta kerana dia ingin membaiki kereta kami yang rosak," katanya.

Menurut Ruzita, suaminya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chicha Menyabung.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Mohd Azmir Damiri mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan.