Kongres PKR jadi medan bedah siasat PRN Johor, Negeri Sembilan
Iklan
Fahmi ketika sidang media mingguan Kabinet di Menara Komunikasi pada Rabu. Foto Bernama
PUTRAJAYA – Kongres Tahunan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadual berlangsung hujung minggu depan dijangka menjadi medan bedah siasat menyeluruh terhadap prestasi parti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, dengan tumpuan kepada kelemahan jentera, persiapan calon serta keberkesanan dasar kerajaan.
Ketua Penerangan PKR, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, selain memenuhi keperluan parti mengikut Perlembagaan dan syarat ditetapkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS), kongres itu dijangka menyaksikan perwakilan membahaskan pelbagai dapatan daripada dua PRN berkenaan.
Iklan
Iklan
Menurutnya, antara isu yang dijangka menjadi perhatian ialah pengajaran yang boleh diambil daripada keputusan pilihan raya serta tindakan yang perlu dilaksanakan bagi memperkukuh parti.
"Sudah pasti isu-isu yang akan dibangkitkan oleh perwakilan dari Johor dan juga Negeri Sembilan, apa yang mungkin telah disaksikan untuk bukan hanya bermuhasabah, mengambil ibrah dan pengajaran daripada apa yang telah berlaku dalam PRN Johor dan Negeri Sembilan.
Iklan
"Dan apa tindakan yang perlu diambil dalam parti itu yang pertama, sama ada dari segi jentera, tugasan, persiapan calon dan sebagainya," katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Jemaah Menteri di Putrajaya pada Rabu.
Fahmi yang juga Jurucakap Kerajaan berkata, selain aspek dalaman parti, kongres itu juga dijangka menjadi platform kepada perwakilan untuk mengemukakan pandangan berkaitan dasar kerajaan yang dilihat mempunyai kesan terhadap sokongan rakyat.
Iklan
"Selain daripada mungkin apakah perlu diambil apa-apa tindakan mengenai dasar kerajaan sebagai contoh, mungkin ada dapatan yang akan dilontarkan oleh perwakilan dalam kongres itu nanti," jelas beliau.
Kongres Tahunan PKR yang asalnya dijadual berlangsung di International Trade Centre (MITC) Ayer Keroh, Melaka pada Jun lalu ditangguhkan kepada 14 hingga 16 Ogos bagi memberi ruang kepada PKR Johor dan Negeri Sembilan meningkatkan kesiapsiagaan menghadapi PRN.
Pada PRN Johor bulan lalu, Pakatan Harapan (PH) hanya memenangi lapan daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), merosot empat kerusi berbanding 12 kerusi yang dimenangi pada PRN 2022, manakala BN menguasai 48 kerusi.
Keputusan itu disusuli prestasi mengecewakan PH pada PRN Negeri Sembilan apabila gabungan itu hanya memenangi 11 daripada 36 kerusi DUN, berbanding 17 kerusi pada penggal sebelumnya, sekali gus kehilangan enam kerusi.
Kemerosotan prestasi di dua negeri itu mencetuskan gesaan supaya PKR melakukan penilaian menyeluruh terhadap strategi parti, termasuk aspek jentera, pemilihan calon dan pendekatan kempen bagi menghadapi pilihan raya akan datang.
Perikatan Nasional (PN) menubuhkan pasukan perundangan bagi meneliti tindakan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (RoS) yang menggantung semua kegiatan gabungan itu, lapor wartawan Sinar Harian, Adila Sharinni Wahid.
Setiausaha Agung PN, Datuk Seri Takiyuddin Hassan berkata, pasukan berkenaan sedang meneliti tindakan yang sesuai dari sudut perundangan termasuk kemungkinan memohon injunksi atau pengisytiharan bahawa keputusan berkenaan tidak sah.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/797938/berita/politik/pn-tubuh-pasukan-perundangan-teliti-tindakan-ros
Muzik: Elevate dari www.bensound.com
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.