'Jangan jadikan PRN Melaka kayu ukur politik nasional'
Iklan
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Jasri Jamaludin
KUANTAN – Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka tidak seharusnya dijadikan kayu ukur untuk menilai kekuatan politik Barisan Nasional (BN) di peringkat nasional.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Jasri Jamaludin berkata, Melaka sememangnya kubu tradisi UMNO-BN, namun landskap politik di negeri-negeri lain mempunyai realiti berbeza.
Iklan
Iklan
"Melaka bukan kayu ukur mutlak bagi landskap politik nasional," katanya pada Isnin.
Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka ke-16 berlangsung pada Sabtu, BN memenangi 21 daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Iklan
Keputusan itu diumumkan Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, Pakatan Harapan (PH) memenangi empat kerusi, manakala Perikatan Nasional (PN) memperoleh tiga kerusi.
Seramai 493,573 pengundi atau 71.77 peratus daripada keseluruhan pengundi telah menunaikan tanggungjawab masing-masing pada PRN kali ini.
Iklan
Jasri yang juga Timbalan Ketua Badan Pimpinan Negeri Bersatu Pahang memberitahu, setiap negeri mempunyai dinamika politik tersendiri dan keputusan pilihan raya perlu dinilai berdasarkan konteks negeri berkenaan.
Beliau berkata, perbezaan turut wujud antara PRN dan Pilihan Raya Umum (PRU) yang masing-masing membawa dinamika tersendiri.
"Justeru, keputusan di Melaka wajar dilihat dalam konteksnya sendiri, bukannya dijadikan ukuran untuk meramalkan kedudukan politik di peringkat nasional.
"Pertaruhan sebenar ialah di seluruh negara, bukan sekadar di kubu tradisi yang sudah lama memihak kepada UMNO-BN," katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="PRU16: Pas sedia runding kerusi dengan BN di Terengganu"><meta itemprop="description" content="PRU16: Pas sedia runding kerusi dengan BN di Terengganu
Pas terbuka berbincang dengan Barisan Nasional (BN) berhubung kedudukan lima daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang kini bukan disandang oleh wakil parti itu.
​Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara tersebut boleh dirundingkan antara Perikatan Nasional (PN) dan BN bagi menentukan kedudukan masing-masing dalam kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Artikel: 
https://www.sinarharian.com.my/article/804853/berita/politik/pru16-pas-sedia-runding-kerusi-dengan-bn-di-terengganu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #SinarTerkini #PRU16 #Pas #BN"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-11-16T09:07:33.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/d/1000002pgLFWw/x1080"><meta itemprop="duration" content="P101S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xbx2wqy"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xbx2wqy"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xbx2wqy"></script>