Ahli Parlimen PH kesal kenyataan Ahmad Maslan didakwa provokasi, cabar letak jawatan
Iklan
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika sesi menggulung perbahasan sempena Mesyuarat Ketiga, Penggal Kelima, Parlimen ke-15 di Bangunan Parlimen hari ini. Foto Bernama
KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH) meluahkan kekesalan terhadap kenyataan Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Dr Ahmad Maslan yang didakwa berunsur provokasi ketika menggulung perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2027 peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kerja Raya (KKR) di Dewan Rakyat hari ini.
Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, tindakan Ahmad yang menggunakan sesi penggulungan perbahasan untuk menyampaikan perkara berunsur politik dan provokasi adalah tidak wajar, lebih-lebih lagi sebagai anggota kerajaan yang mewakili Kerajaan Perpaduan.
Iklan
Iklan
Beliau berkata, hampir 29 Ahli Parlimen telah mengemukakan pertanyaan sepanjang perbahasan, namun jawapan yang diberikan tidak menjawab persoalan dibangkitkan dengan baik.
"Kita nampak bahawa jawapan yang sepatutnya dijawab tidak dijawab dengan baik, tetapi menggunakan platform ini untuk membuat ucapan berunsur politik dan provokasi yang keterlaluan dan ini amat mendukacitakan sebagai sebuah Kerajaan Perpaduan dan tidak seharusnya berlaku sebagai seorang Timbalan Menteri yang mewakili Menteri pada petang ini.
Iklan
Ahli Parlimen Sri Gading, Aminolhuda Hassan pula berkata, ungkapan yang dilontarkan Ahli Parlimen Pontian itu pada sesi berkenaan tidak sesuai disampaikan oleh seorang Timbalan Menteri dalam Kerajaan MADANI yang sepatutnya mengambil pendekatan lebih berhemah.
"Saya selaku Ahli Parlimen dari Johor dan beliau (Ahmad) juga Ahli Parlimen Johor, saya rasa orang-orang Johor ini dari segi bahasanya lebih lunak tetapi tidak apalah kalau beliau merasakan bahawa tidak bersetuju dengan pendekatan yang dibawa pada hari ini, maknanya beliau boleh meninggalkan jawatan itu,” katanya.
Iklan
Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong berkata, Ahmad sepatutnya mengamalkan prinsip tanggungjawab bersama sebagai anggota pentadbiran kerajaan serta mempertahankan kerajaan dan bukannya menyindirnya ketika sesi penggulungan.
"Jadi kalau Timbalan Menteri dalam penggulungan beliau mengeluarkan kata-kata sedemikian, menyindir kerajaan yang sedia ada ini, dia sepatutnya letak jawatan. Kalau dia kata begitu, dia sudah tidak profesional, tidak layak lagi sebagai Timbalan Menteri,” katanya sambil menegaskan Ahmad wajar meletakkan jawatan sekiranya enggan menarik balik kenyataannya.
Turut senada, Ahli Parlimen Hulu Langat, Mohd Sany Hamzan mencabar Ahmad supaya meletakkan jawatan dengan segera sekiranya tidak lagi sehaluan dengan Kerajaan Perpaduan.
"Saya hendak cabar sahaja Ahmad Maslan ni. Kalau sudah tidak kena selera dengan Kerajaan MADANI, Kerajaan Perpaduan yang ada pada hari ini, saya cabar beliau letak jawatan. Letak jawatan segera. Jangan rasa bongkak, takbur, sombong, ego dengan kemenangan yang kamu peroleh di Melaka,” katanya.
Terdahulu, Ahmad ketika menggulung perbahasan RUU berkenaan mengundang reaksi apabila menyampaikan pantun yang menyentuh sokongan politik kepada Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).
Pantun itu disampaikan ketika menjawab celahan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) yang membangkitkan persoalan mengenai janji penghapusan tol dan sama ada janji berkenaan hanya dibuat bagi memenangi pilihan raya.
Sebelum itu, Datuk Ngeh Koo Ham (PH-Beruas) meminta penjelasan sama ada kerajaan boleh melaksanakan pengurangan kadar tol secara berperingkat dengan mengambil contoh pengurangan tol lebuh raya sebanyak 30 peratus selepas 2018. - Bernama
Pas terbuka berbincang dengan Barisan Nasional (BN) berhubung kedudukan lima daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu yang kini bukan disandang oleh wakil parti itu.
​Menteri Besar, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, perkara tersebut boleh dirundingkan antara Perikatan Nasional (PN) dan BN bagi menentukan kedudukan masing-masing dalam kerjasama politik menjelang Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).
Artikel:
https://www.sinarharian.com.my/article/804853/berita/politik/pru16-pas-sedia-runding-kerusi-dengan-bn-di-terengganu
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.