Reman suspek kes mayat bayi dalam tandas disambung

Iklan
Reman pelajar kolej disambung tujuh hari lagi bagi membantu siasatan.

KLUANG - [DIKEMAS KINI] Reman seorang pelajar kolej disambung sehari lagi bagi membantu siasatan kes penemuan mayat bayi perempuan yang baru dilahirkan dalam mangkuk tandas sebuah rumah di Taman Setia Mutiara, di sini, minggu lalu.

Perintah reman terhadap remaja lelaki berusia 19 tahun itu dikeluarkan Majistret Nurasidah A Rahman di Mahkamah Majistret Kluang pada Rabu.

Iklan
Iklan

Reman lanjutan itu bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta Seksyen 315 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan atau cuba menyebabkan kematian bayi yang baru dilahirkan.

Sebelum ini, Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, remaja lelaki terbabit ditahan selepas dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian penemuan mayat bayi perempuan berkenaan pada 29 Julai lalu.

Iklan
Iklan

Sementara itu, remaja perempuan berusia 19 tahun yang dipercayai melahirkan bayi berkenaan masih menerima rawatan di Hospital Enche Besar Hajjah Khalsom, Kluang.