Lelaki maut di rumah jagaan dipercayai dibunuh, lima ditahan

Iklan

IPOH - [DIKEMAS KINI] Seorang lelaki ditemukan maut dengan kesan kecederaan pada anggota badan di sebuah rumah jagaan di Tanjung Rambutan di sini pada Selasa.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 petang daripada Klinik Kesihatan Tanjung Rambutan melibatkan mangsa warga tempatan berusia 54 tahun.

Iklan
Iklan

Menurutnya, laporan awal memaklumkan mengenai kematian seorang penghuni di rumah berkenaan sebelum sepasukan polis digerakkan ke lokasi untuk tindakan lanjut.

“Susulan itu, kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Iklan

Beliau berkata, lima individu telah ditahan bagi membantu siasatan kes tersebut.

Iklan

Katanya, mereka yang ditahan terdiri daripada seorang penjaga dan empat penghuni rumah jagaan berkenaan.

“Siasatan sedang giat dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kejadian serta peranan setiap individu yang terlibat," katanya.

Orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berkaitan kes tersebut.