Tiada keperluan wujudkan jawatan Timbalan Exco di Negeri Sembilan - Bersih
Iklan
Faisal
SHAH ALAM - Tiada keperluan untuk wujudkan jawatan Timbalan Exco memandangkan sebelum ini Kerajaan Negeri Sembilan telah berkhidmat dengan cemerlang tanpa adanya jawatan tersebut.
Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Faisal Abdul Aziz berkata, jika ingin kukuhkan pentadbiran, lebih baik kerajaan Negeri Sembilan di bawah Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim kukuhkan Jawatankuasa Dewan Undangan Negeri (DUN).
Iklan
Iklan
Menurutnya, ini kerana rata-rata DUN perlu banyak penambahbaikan termasuk mengukuhkan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Kerajaan (PAC) Negeri dan mewujudkan Jawatankuasa Pilihan yang bersesuaian seperti mengikut portfolio Exco seperti yang diamalkan di DUN Selangor.
"Maka, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) merentas parti (kerajaan dan pembangkang) boleh berperanan lebih besar sebagai pihak semak dan imbang untuk memastikan Exco melaksanakan tanggungjawab dengan amanah dan baik.
Iklan
"Selain itu, kerajaan boleh menubuhkan Jawatankuasa Tambahan berdasarkan isu-isu keutamaan seperti dilakukan DUN Perak selain menambah baik pasukan kajian supaya perbahasan dewan lebih bermutu.
"Maka di sini ADUN boleh memainkan peranan untuk kukuhkan pentadbiran," ujarnya menerusi hantaran di aplikasi X pada Selasa.
Iklan
Sebelum ini, Ismail memaklumkan, kerajaan negeri sedang mempertimbangkan cadangan mewujudkan jawatan Timbalan Exco bagi membantu mengukuhkan pentadbiran negeri.
Jelasnya, jawatan Exco secara keseluruhannya akan diisi beberapa ADUN parti komponen termasuk Barisan Nasional (BN), Pas dan Parti Wawasan Negara (WAWASAN).
Tambah Faisal, dalam konteks ini, Bersih dan Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi (IDEAS) bersama dalam Sekretariat Kaukus Demokrasi Pelbagai Parti (KDPP) yang dianggotai ADUN pelbagai negeri serta parti bertujuan menambah baik institusi DUN.
"Kesenjangan antara DUN dan Parlimen khususnya dalam aspek semak imbang harus dirapatkan," ujarnya.
Tiga lagi individu termasuk Timbalan Pengerusi Kebangsaan DAP, Nga Kor Ming menerima surat tuntutan atau Letter of Demand (LOD) daripada Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor susulan dakwaan memutar belit kenyataannya berkaitan isu sejarah yang tular baru-baru ini, lapor wartawan Sinar Harian, Wan Mohd Noor Hafiz Wan Mansor.
Muhammad Sanusi berkata, selain Kor Ming, dua lagi individu terbabit ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Skudai, Marina Ibrahim dan individu dikenali sebagai Salim Abd Rahman.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/790763/berita/politik/sanusi-hantar-tiga-lagi-lod-kor-ming-antara-penerima
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik inar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #Sanusihantartigalod #isudakwaanputarbelitfakta