Berebut geran tanah, suami bunuh isteri

Iklan
Kejadian itu kemudiannya dilaporkan kepada pihak berkuasa selepas ketua kampung menghubungi polis.

JAKARTA – Pertikaian mengenai geran tanah dipercayai menjadi punca seorang lelaki membunuh isterinya dalam kejadian di Desa Tesa, Kecamatan Laenmanen, Kabupaten Malaka, Nusa Tenggara Timur (NTT), Indonesia pada Ahad.

Suspek, Bernabas Bria, 52, ditahan polis selepas dipercayai menetak isterinya, Theresia Balok, 37, menggunakan parang sehingga mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Polis Malaka, AKBP Riki Ganjar Gumilar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 11.30 pagi waktu tempatan di rumah pasangan itu.

Menurutnya, berdasarkan keterangan saksi, suspek pada awalnya mahu memasukkan seekor lembu ke dalam kandang sebelum berlaku pertengkaran dengan mangsa.

Iklan

"Saksi kemudian mendengar pasangan itu bertengkar dan sempat menegur mereka sebelum mangsa masuk ke dalam rumah diikuti suspek," katanya.

Beliau berkata, seorang anak pasangan itu kemudian melihat bapanya mengambil parang yang disandang di bahu sebelum menghayunkan senjata tajam berkenaan ke arah kepala ibunya.

Iklan

Akibat serangan itu, mangsa mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Selepas kejadian, suspek mengambil beg miliknya sebelum meninggalkan rumah, manakala anak pasangan itu berlari ke rumah jiran untuk meminta bantuan dan memaklumkan bapanya telah membunuh ibunya.

Kejadian itu kemudiannya dilaporkan kepada pihak berkuasa selepas ketua kampung menghubungi Balai Polis Laenmanen.

Pemeriksaan perubatan mendapati mangsa meninggal dunia akibat kecederaan serius di kepala akibat terkena senjata tajam.

Riki berkata, pihaknya masih menjalankan siasatan bagi melengkapkan kertas siasatan, termasuk mendapatkan keterangan suspek dan beberapa saksi.

"Siasatan awal mendapati pertengkaran pasangan itu dipercayai berpunca daripada masalah geran tanah," katanya.

Suspek kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Malaka bagi membantu siasatan, manakala keluarga mangsa meminta tindakan undang-undang diambil terhadapnya.