Kes dua pelajar maut: Polis rakam keterangan guru, rakan

Iklan
Mohd Alwi berkata, saksi yang dirakam keterangan melibatkan guru serta rakan-rakan terdekat mangsa.

LARUT - Polis telah merakam percakapan 10 saksi bagi membantu siasatan kes dua pelajar perempuan yang ditemukan maut di sebuah bangunan perumahan kosong di Buntong, bulan lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin berkata, saksi yang dirakam keterangan melibatkan guru serta rakan-rakan terdekat mangsa.

Iklan
Iklan

Menurutnya, setakat ini siasatan masih diteruskan termasuk menunggu laporan forensik bagi melengkapkan hasil siasatan kes berkenaan.

“Kita telah menghantar beberapa barangan milik mangsa ke pihak forensik untuk mendapatkan keputusan lanjut.

Iklan

“Bagaimanapun, setakat ini pihak forensik masih belum mengeluarkan sebarang keputusan berkaitan kes tersebut,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Selama pada Isnin.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan dua pelajar perempuan berusia 14 tahun ditemukan maut di sebuah bangunan perumahan kosong di Buntong dalam kejadian kira-kira jam 4.50 petang pada 24 Julai lalu.

Iklan

Difahamkan, kedua-dua mangsa sepatutnya mengikuti sesi persekolahan petang sebelum dipercayai meninggalkan kawasan sekolah secara sukarela.

Mohd Alwi berkata, siasatan awal tidak menunjukkan sebarang unsur jenayah atau penglibatan pihak ketiga dalam kejadian itu.

“Setakat ini memang tidak menunjukkan sebarang unsur ‘foul play’,” katanya.

Beliau berkata, pihak polis akan memaklumkan perkembangan lanjut dari semasa ke semasa sebaik menerima laporan lengkap termasuk hasil analisis forensik.