YANGON - Sebuah pesawat pejuang milik Tatmadaw (Udara), Angkatan Tentera Udara Myanmar, terhempas selepas dilanggar burung semasa menjalani penerbangan latihan di wilayah Yangon, Myanmar, awal Isnin, menurut televisyen milik tentera, Myawaddy TV, lapor Xinhua.
Kejadian berlaku pada kira-kira jam 5.16 pagi waktu tempatan berhampiran kampung Nyaunghnapin di perbandaran Hmawbi, menurut Myawaddy TV.