Lima penunggang motosikal cedera langgar kabel atas jalan

Iklan
Gambar tular memaparkan kemalangan di MRR2 pada Isnin.

AMPANG – Lima penunggang motosikal cedera selepas melanggar kabel telekomunikasi yang dipercayai ditinggalkan di atas Jalan Lingkaran Tengah Dua (MRR2) di Kilometer 21.5 dari arah Hulu Kelang menghala ke Ampang di sini pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Khairul Anuar Khalid berkata, kejadian itu berlaku kira-kira jam 4.30 pagi apabila kesemua penunggang terbabit melanggar kabel telekomunikasi yang berukuran kira-kira empat sentimeter dengan panjang sekitar 35 meter.

Iklan
Iklan

"Siasatan sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu yang bertanggungjawab," katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 427, Seksyen 431A, Seksyen 283 dan Seksyen 124K Kanun Keseksaan kerana disyaki melakukan perbuatan khianat, menyebabkan halangan di jalan awam serta kesalahan lain yang berkaitan.

Iklan
Iklan

"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya atau balai polis berhampiran," katanya.