Empat kemenangan jadi amanah, Pas Negeri Sembilan hargai kepercayaan rakyat

Iklan
Mohd Fairuz. Foto FB Ustaz Fairuz Isa

JEMPOL - Kemenangan Pas di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 adalah satu amanah besar yang akan dipikul dengan penuh tanggungjawab demi kepentingan rakyat.

Pesuruhjaya Pas Negeri Sembilan, Mohd Fairuz Mohd Isa berkata, pihaknya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada seluruh rakyat dan pengundi negeri ini yang memberikan sokongan serta kepercayaan kepada parti berkenaan dan Perikatan Nasional (PN) pada pilihan raya tersebut.

Iklan
Iklan

Menurutnya, kemenangan di DUN Serting, Paroi, Bagan Pinang dan Ampangan menjadi bukti keyakinan rakyat terhadap perjuangan parti itu, sekali gus membawa tanggungjawab besar untuk melaksanakan amanah yang diberikan.

"Keputusan rakyat memberikan kemenangan kepada Pas di empat DUN ini merupakan satu amanah besar yang akan dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab, berintegriti dan istiqamah," katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Iklan

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada seluruh jentera parti termasuk negeri yang membantu, petugas pilihan raya, sukarelawan, penyokong serta semua pihak yang bertungkus-lumus sepanjang tempoh kempen sehingga hari pengundian.

Katanya, segala pengorbanan dan komitmen yang ditunjukkan menjadi tunjang kekuatan kepada perjuangan parti dalam menghadapi pilihan raya.

Iklan

Dalam pada itu, Mohd Fairuz berkata, Pas Negeri Sembilan beriltizam memainkan peranan secara berkesan sebagai pentadbir bersama kerajaan negeri diterajui Barisan Nasional (BN), selain menjadi wakil rakyat yang berwibawa.

Menurutnya, parti itu akan terus membela kebajikan rakyat, mempertahankan kepentingan agama, bangsa dan negeri serta membawa suara rakyat dengan penuh amanah di sidang dewan.

"Semoga ALLAH SWT mengurniakan kekuatan dan petunjuk kepada Pas Negeri Sembilan dalam melaksanakan amanah yang telah diberikan," katanya.