Kereta mengundur masuk sungai, tiga sekeluarga diselamatkan orang awam

Iklan
Keadaan kereta selepas terjunam ke Sungai Padas, di belakang sebuah premis di Pekan Beaufort.

BEAUFORT - Tiga termasuk seorang kanak-kanak berdepan detik cemas apabila kereta yang dinaiki terjunam ke Sungai Padas dalam kejadian berhampiran sebuah premis di Pekan Beaufort di sini, malam Sabtu.

Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 malam itu, ketiga-tiga mangsa iaitu seorang lelaki berusia 28 tahun, wanita berusia 39 tahun dan kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun berjaya diselamatkan orang awam yang berada di lokasi kejadian.

Iklan
Iklan

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort, Ishak Jabas berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 8.42 malam.

Katanya, seramai tujuh anggota dikejar ke lokasi yang terletak sejauh dua kilometer dari BBP Beaufort.

Iklan

"Menurut laporan, kejadian melibatkan sebuah kereta jenis Perodua Bezza yang terjunam ke dalam sungai ketika mengundur.

"Terdapat tiga mangsa yang saling mempunyai hubungan keluarga terlibat dalam kejadian tersebut dan kesemua mereka berjaya diselamatkan oleh orang awam yang berada di sekitar lokasi," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Ahad.

Iklan

Mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Beaufort.

Ishak berkata, pihak bomba kemudian melakukan pemeriksaan bagi memastikan keadaan mangsa sebelum mereka diserahkan kepada pasukan perubatan untuk mendapatkan rawatan lanjut di hospital.

"Operasi ditamatkan pada jam 9.45 malam selepas keadaan di lokasi disahkan selamat," katanya.