Polis buru lelaki warga asing cabul kanak-kanak perempuan

Iklan
Polis kini sedang giat mengesan serta menangkap suspek bagi membantu siasatan.

SUNGAI BULOH – Seorang kanak-kanak perempuan menempuh detik hitam apabila dipercayai dicabul lelaki warga asing dalam kejadian di sebuah premis perniagaan di sini Rabu lalu.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian itu menerusi laporan polis yang dibuat.

Iklan
Iklan

Menurutnya, hasil siasatan awal mendapati mangsa dipercayai telah dicabul oleh suspek yang merupakan seorang lelaki warga asing.

"Polis kini sedang giat mengesan serta menangkap suspek bagi membantu siasatan.

Iklan

"Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Beliau berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Muhammad Amirul Amin Shukor di talian 013-6695290 atau Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sungai Buloh di talian 03-6156 1222.

Iklan

Katanya, maklumat juga boleh disalurkan dengan hadir ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.