redOne Mobile bantu usahawan tempatan kembangkan jenama perniagaan

Iklan
Jemay Naim (kiri) bersama usahawan Tendo by Boy2Cook pada pembukaan rasmi kiosk di Embassy Lane, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR – Komitmen redONE Mobile dalam menyokong usahawan tempatan terus diperkukuh hasil kerjasama strategik bersama pempengaruh TikTok, Uncle Tokok dan Semboy menerusi pembukaan kiosk Tendo by Boys2Cook.

Ketua Pemasaran redONE Mobile, Jemay Naim berkata, kerjasama itu membuktikan syarikat telekomunikasi komuniti tersebut bukan sekadar menawarkan perkhidmatan mampu milik, malah turut memainkan peranan membantu usahawan dan pencipta kandungan tempatan mengembangkan jenama serta perniagaan mereka.

Iklan
Iklan

Menurutnya, redONE Mobile percaya kejayaan akan lebih bermakna apabila dicapai bersama usahawan dan pencipta kandungan tempatan melalui sokongan berterusan serta peluang yang memberi manfaat kepada komuniti.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis pembukaan Tendo by Boys2Cook di Embassy Lane, Taman U-Thant di sini pada Sabtu.

Iklan

Jelasnya, kolaborasi berkenaan merupakan sebahagian daripada usaha berterusan redONE Mobile untuk mendekati rakyat menerusi kerjasama yang melangkaui sektor telekomunikasi, sekali gus membantu memperkukuh pertumbuhan jenama dan perniagaan tempatan.

Sementara itu, Uncle Tokok atau nama sebenarnya Anas Harif Haikal Hasan berkata, hubungan baik dengan redONE Mobile telah terjalin sejak lebih dua tahun lalu dan berkembang melalui pelbagai inisiatif termasuk program tanggungjawab sosial.

Iklan

redOne Mobile diwakili Jemay Naim (dua dari kiri) perkasa usahawan tempatan menerusi kerjasama Tendo by Boys2Cook yang diusahakan pempengaruh Tiktok, Semboy (kiri) dan Uncle Tokok (kanan) di Embassy Lane, Kuala Lumpur pada Sabtu.

Katanya, apabila tercetus idea untuk membuka kiosk makanan, redONE Mobile terus menyatakan kesediaan untuk bekerjasama.

"Kami berbincang mengenai konsep, penjenamaan dan pemilihan lokasi sebelum memutuskan Embassy Lane kerana kawasan ini mempunyai potensi trafik pelanggan yang tinggi.

"Kerjasama ini bukan sahaja membantu mengembangkan jenama kami, malah turut memberi nilai tambah kepada redONE Mobile.

"Harapan kami adalah untuk terus berkembang bersama pada masa hadapan," katanya.

Bersempena kerjasama itu, Tendo by Boys2Cook memperkenalkan tiga menu eksklusif yang diinspirasikan redONE Mobile iaitu redONE Crunch pada harga RM14.90, redONE Volcano Nasi Kerabu (RM12) dan redONE Combo (RM26).

Sebagai promosi pelancaran, pelanggan yang melanggan mana-mana pelan redONE Mobile di cawangan Embassy Lane akan menerima hidangan redONE Volcano Nasi Kerabu secara percuma.

Selain itu, pelanggan yang membeli mana-mana hidangan di Tendo by Boys2Cook turut berpeluang menyertai cabutan bertuah bulanan untuk memenangi telefon pintar 5G redONE Mobile dengan hanya memuat naik resit pembelian mereka secara dalam talian.