PRN Negeri Sembilan: Anwar ucap tahniah kepada BN, jamin beri kerjasama kepada kerajaan baharu

Iklan
Anwar

SHAH ALAM - Perdana Menteri, Datuk seri Anwar Ibrahim memberi jaminan akan terus memberi dukungan dan kerjasama kepada negeri yang baharu susulan keputusan Pilihan Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 menyaksikan Pakatan Harapan (PH) tumbang.

Beliau berkata, langkah itu diambil demi kesejahteraan serta kemakmuran negeri dan rakyat di negeri berkenaan.

Iklan
Iklan

"Tahniah kepada Barisan Nasional (BN) atas mandat yang diberikan rakyat Negeri Sembilan. Mengucapkan penghargaan setingginya kepada seluruh pengundi yang telah bersungguh-sungguh ikut serta dalam praktik demokrasi yang baru selesai.

"Penghargaan juga kepada seluruh rakyat Negeri Sembilan yang telah memberikan kepercayaan kepada Pakatan Harapan dan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun sebagai Menteri Besar selama lapan tahun," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.

Iklan

Keputusan tidak rasmi PRN Negeri Sembilan menyaksikan BN menang 18 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Perikatan Nasional (PN) menang tujuh kerusi, manakala PH hanya memperoleh 11 kerusi.

Mengulas lanjut, Anwar berkata, sepanjang dua penggal memerintah Negeri Sembilan, PH meninggalkan legasi pentadbiran yang cemerlang berteraskan tatakelola baik, kestabilan serta pembangunan yang memanfaatkan rakyat.

Iklan

Beliau dalam masa sama berharap agar legasi pentadbiran terdahulu terus diperkukuh oleh kerajaan baharu nanti demi kemajuan Negeri Sembilan.