[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Pas tambah pengaruh, rampas Ampangan

Iklan
Pas muncul antara parti yang mencatat prestasi memberangsangkan pada PRN Negeri Sembilan.

SHAH ALAM - Pas muncul antara parti yang mencatat prestasi memberangsangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan apabila bukan sahaja berjaya mempertahankan tiga kerusi sedia ada, malah merampas satu kerusi hasil formula kerjasama Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).

Menerusi keputusan tidak rasmi, Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Paroi dan Serting dengan peningkatan majoriti selain merampas DUN Ampangan yang sebelum ini bukan miliknya.

Iklan
Iklan

Calon Pas yang mewakili PN di Ampangan, Datuk Dr Mohamad Rafie Ab Malek berjaya merampas kerusi itu apabila berjaya menewaskan calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Muhammad Nazri Kassim dan Azzah Harun (Bersatu) dengan majoriti 3,567 undi.

Pada PRN 2018, Mohmad Rafie yang bertanding atas tiket PH menang dengan majoriti 1,360 undi, namun kecundang pada 2023 apabila bertanding secara Bebas.

Iklan
Iklan