[TIDAK RASMI] PRN Negeri Sembilan: Anthony Loke tewas kepada MCA di Chennah

Iklan
Anthony Loke

SEREMBAN - Penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Chennah, Anthony Loke tewas di kerusi berkenaan kepada calon Barisan Nasional (BN), Siow Kong Choon dalam pertembungan dua penjuru.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, kesemua kertas undi daripada semua saluran difahamkan telah habis dikira di mana Kong Choon mendapat 5,418 undi iaitu 52 peratus daripada 10,345 kertas undi diterima semua calon.

Iklan
Iklan

Sekiranya keputusan tersebut kekal dan disahkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), ia bermakna Antony gagal mempertahankan kerusi yang disandang beliau sejak 2013.

 

Iklan
Iklan