DUNGUN - Seorang pelajar universiti swasta maut selepas motosikal ditunggangnya terbabas di Kilometer 354 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2), dekat sini petang tadi.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintenden Nik Ab Halim Nik Mat berkata, Muhammad Bakhtiar Mazlan, 22, dari Parit Raja, Batu Pahat, Johor, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.