KOTA BHARU - Seorang wanita warga emas maut manakala empat lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kereta berhampiran Sekolah Kebangsaan Kedai Piah, Ketereh di sini petang tadi.
Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan 1 Mohd Nazri Taib berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 3.25 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ketereh tiba di lokasi kejadian empat minit kemudian.