PRN Negeri Sembilan: SPRM terima empat laporan berkaitan pemberian wang

Iklan
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman

PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menerima empat laporan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan setakat Khamis.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pihaknya telah membuka bilik gerakan sepanjang PRN negeri berlangsung.

Iklan
Iklan

"Aduan dilaporkan membabitkan pemberian wang tunai," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat SPRM Putrajaya di sini pada Jumaat.

Tambahnya, SPRM telah menjalankan penyiasatan untuk melihat dan mengkaji sekiranya aduan terbabit mempunyai unsur rasuah atau menjurus kepada kesalahan pilihan raya.

Iklan

Sebelum ini, Penyelaras Parti Wawasan Negara (WAWASAN), Badrul Hisham Shaharim atau Chegubard dikatakan mendakwa Pusat Media Perikatan Nasional (PN) didatangi sekumpulan anggota polis yang mengadu kononnya diberi RM300 hingga RM500.

Berikutan itu, Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad dilaporkan berkata, siasatan akan dijalankan dengan telus sekiranya ada laporan polis dibuat mengenainya.

Iklan

Kata Alzafny, sekiranya laporan tersebut berkaitan salah laku seperti dinyatakan, pihaknya akan merujuk kepada SPRM.