Pemandu lori kurier maut tersepit

Iklan
Anggota bomba mengeluarkan mangsa tersepit dalam kenderaan dipandunya. Foto: JBPM Melaka

ALOR GAJAH - Seorang pemandu lori kurier maut selepas tersepit dalam kenderaan yang dipandunya dalam kemalangan jalan raya berhampiran Plaza Tol Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) Simpang Ampat di sini pada Khamis.

Kejadian sekitar jam 4 petang itu turut menyebabkan kesesakan trafik sejauh kira-kira tiga kilometer di laluan berkenaan.

Iklan
Iklan

Mangsa, seorang lelaki Melayu berusia 40 tahun, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah.

Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka, Mohd Hafidzatullah Rashid berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.04 petang sebelum sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah bersama BBP Ayer Keroh dikejarkan ke lokasi.

Iklan

Mangsa berjaya dibawa keluar sebelum disahkan meninggal dunia oleh KKM. Foto: JBPM Melaka

“Setibanya Pasukan Keluaran Operasi (PKO) di lokasi, didapati kemalangan jalan raya itu melibatkan sebuah lori jenis Isuzu tiga ta n.

Iklan

“Komander operasi melaporkan terdapat seorang mangsa lelaki berusia 40 tahun yang tersepit dalam kenderaan berkenaan,” katanya dalamkenyataan pada Khamis.

Beliau berkata, mangsa berjaya dikeluarkan oleh pasukan bomba sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, operasi yang turut dibantu polis dan KKM itu ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.55 petang.