Pahang tidak lantik ejen urus pemberimilikan tanah tegas - Wan Rosdy

Iklan
Wan Rosdy

KUANTAN - Kerajaan Pahang menegaskan tidak pernah melantik mana-mana individu, ejen atau syarikat untuk menjalankan urusan pemberimilikan tanah kerajaan di luar prosedur yang ditetapkan undang-undang.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, penegasan itu dibuat susulan pengesanan satu sindiket penipuan urusan permohonan tanah di daerah Bentong yang melibatkan tanah milik kerajaan negeri.

Iklan
Iklan

Menurutnya, sindiket terbabit menawarkan urusan pemberimilikan tanah dengan meminta orang ramai membuat bayaran serta menandatangani dokumen sebelum proses pemberimilikan dilakukan.

Sehubungan itu, Wan Rosdy menasihatkan orang supaya tidak membuat sebarang bayaran, men menandatangani dokumen atau melakukan apa-apa urusan berkaitan tanah tanpa terlebih dahulu.

Iklan

Tegas beliau, sebaliknya perlu mendapatkan pengesahan daripada Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Negeri Pahang atau Pejabat Daerah dan Tanah yang berkenaan.

Menurutnya, orang ramai yang merasakan diri mereka menjadi mangsa penipuan diminta membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Iklan

"Kerajaan negeri kekal komited memastikan setiap urusan pentadbiran tanah dilaksanakan secara telus, berintegriti dan mematuhi undang-undang.

"Semak dahulu, jangan mudah percaya dan jangan sesekali menjadi mangsa penipuan," katanya.