Momentum kempen semakin positif kepada BN - Ismail Sabri
Iklan
Ismail Sabri bergambar bersama penduduk selepas bersarapan bersama mereka di Kampung Gayan, Seremban pada Rabu.
SEREMBAN – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob melihat perkembangan kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan setakat ini berada pada landasan yang positif berdasarkan sambutan dan maklum balas yang diterimanya di lapangan.
Beliau berkata, pemerhatian sepanjang turun berkempen menunjukkan suasana kali ini jauh berbeza berbanding sebelum ini, sekali gus meningkatkan keyakinan terhadap peluang calon-calon yang disokong.
Iklan
Iklan
"Dengan kerja kuat seperti yang kita lihat hari ini, insya-ALLAH kita akan menang. Bukan setakat YB Asna, tetapi juga di seluruh Negeri Sembilan.
"Saya percaya kita akan dapat lebih banyak kerusi, terutamanya apabila Pas bersama kita,” katanya.
Iklan
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas bersarapan dengan penduduk di Kampung Gayan di sini pada Rabu.
Turut hadir calon Barisan Nasional (BN) DUN Lenggeng, Datuk Mohd Asna Mohd Amin.
Iklan
Ismail Sabri berkata, semangat kerjasama yang ditunjukkan oleh semua pihak yang terlibat dalam kempen juga memberi petanda positif dalam usaha mendekati pengundi.
“Hari ini saya juga berpeluang bersama beberapa pemimpin yang hadir dalam program kempen.
"Saya berharap semangat kebersamaan dan kerjasama ini dapat diteruskan sehingga hari pengundian,” katanya.
Katanya, fokus utama ketika ini ialah memastikan jentera terus bekerja bersungguh-sungguh, mendekati seramai mungkin pengundi serta mengekalkan momentum kempen sehingga hari mengundi.
“Insya-ALLAH, jika usaha ini dapat diteruskan secara konsisten, kita berharap dapat mencapai keputusan yang baik,” katanya.
<div itemscope itemtype="https://schema.org/VideoObject"><meta itemprop="name" content="'Tak mahu kerajaan BN di Negeri Sembilan jadi seperti telur di hujung tanduk' - Wan Ahmad Fayhsal"><meta itemprop="description" content="Perikatan Nasional (PN) mahu menjadi rakan yang mampu mengukuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan dan tidak mahu pentadbiran negeri itu berada dalam keadaan seperti telur di hujung tanduk.
Ketua Penerangan Parti Wawasan Negara (Wawasan), Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, pihaknya ikhlas untuk melihat kejayaan kerajaan BN Negeri Sembilan.
Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/789818/berita/politik/tak-mahu-kerajaan-bn-di-negeri-sembilan-jadi-seperti-telur-di-hujung-tanduk---wan-ahmad-fayhsal
Tonton video penuh di:
YOUTUBE: https://youtube.com/live/VWh2Zl0C9JI?feature=share
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
#SinarHarian #BeritaSemasa #BeraniSemuka #Umno #Amanah #Wawasan"><meta itemprop="uploadDate" content="2026-07-29T05:02:08.000Z"><meta itemprop="thumbnailUrl" content="https://s1.dmcdn.net/v/czBHc1gQObGwwicY_/x1080"><meta itemprop="duration" content="P96S"><meta itemprop="embedUrl" content="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.html?video=xat4aqu"><meta itemprop="contentUrl" content="https://www.dailymotion.com/crawler/video/xat4aqu"><script src="https://geo.dailymotion.com/player/xjdhm.js" data-video="xat4aqu"></script>