KUALA LUMPUR - Menara Merdeka 118 dinamakan semula secara rasmi kepada Menara Merdeka Maybank, mencerminkan kehadiran kumpulan itu di bangunan mercu tanda yang kini menjadi ibu pejabatnya.
Dalam satu kenyataan pada Selasa, bank berkenaan memaklumkan alamat berdaftar baharu ibu pejabat Maybank ialah Aras 70, Menara Merdeka Maybank, Presint Merdeka 118, 50118 Kuala Lumpur.