Pelajar Tingkatan Satu hilang selepas hantar ke sekolah

Iklan
Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dikhuatiri hilang selepas dihantar ke sebuah sekolah

KOTA KINABALU - Seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu dikhuatiri hilang selepas dihantar ke sebuah sekolah menengah di Likas pada awal pagi Isnin.

Remaja berkenaan dikenali sebagai Gwynne Mia Erbin, beralamat di Nombor 55, Lorong Raja Udang 2, Taman Kingfisher, di sini.

Iklan
Iklan

Dia berbadan sederhana, berkulit cerah, berketinggian kira-kira 155 sentimeter, bermata coklat, berkening tebal, berambut hitam pendek serta mempunyai bibir tebal.

Menurut kenyataan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu, pihaknya sedang mengesan remaja itu yang dilaporkan tidak hadir ke sekolah selepas dihantar pada jam 5.55 pagi.

Iklan

Remaja yang tidak mempunyai sebarang kecacatan fizikal atau mental itu kali terakhir dilihat memakai pakaian seragam sekolah jenis pinafore berwarna biru, kasut putih serta membawa beg berwarna putih bercorak bunga. Sehingga kini, keberadaannya masih belum dapat dikesan.

Ahli keluarganya telah menjalankan pelbagai usaha pencarian, termasuk membuat hebahan melalui kumpulan WhatsApp keluarga dan komuniti, namun remaja itu masih gagal ditemui.

Iklan

Sehubungan itu, IPD Kota Kinabalu meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai keberadaan remaja berkenaan supaya menghubungi IPD Kota Kinabalu di talian 088-529222 atau Inspektor Kamarul Rashdan Suffian Long di talian 014-8458490 bagi membantu siasatan.

"Kerjasama orang ramai dalam membantu mengesan penama amatlah dihargai," menurut kenyataan itu.