Dadah lebih RM17.2 juta dirampas dalam dua operasi di Sarawak

Iklan
Polis turut menahan dua lelaki dalam dua operasi di Kuching dan Limbang.

KUCHING - Polis merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM17.2 juta menerusi dua operasi berasingan di Kuching dan Limbang pada 11 dan 14 September lepas.

Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Mohamad Zainal Abdullah yang juga Pesuruhjaya Polis Sarawak berkata, operasi pertama pada 11 September melibatkan penahanan seorang lelaki tempatan berusia 39 tahun di sebuah rumah di Kuching.

Iklan
Iklan

"Dadah dirampas dianggarkan bernilai RM12.89 juta. Sindiket berkenaan dipercayai aktif sejak Julai 2026 dan menggunakan sebuah rumah teres sebagai lokasi memproses, membungkus serta menyimpan dadah sebelum diedarkan di sekitar Kuching,” katanya.

Mohamad Zainal berkata, ujian saringan air kencing suspek didapati positif methamphetamine/amphetamine dan lelaki berkenaan direman tujuh hari bermula 12 hingga esok, bagi membantu siasatan.

Iklan

Sementara itu, dalam operasi kedua pada 14 September pula melibatkan penahanan seorang lelaki berusia 23 tahun di Jalan Mendamit, Limbang.

"Dalam serbuan itu, polis merampas 84.07kg dadah terdiri daripada 81.21kg syabu, 2.06 kg ketamin dan 0.80kg serbuk MDMA, dengan nilai keseluruhan dianggarkan RM4.3 juta.

Iklan

"Sindiket itu dipercayai aktif sejak November 2025 dan menggunakan kenderaan pacuan empat roda untuk membawa bekalan dadah dari Miri ke Sabah melalui jalan darat. Suspek direman tujuh hari bermula 15 hingga 22 Sep bagi membantu siasatan,” katanya.

Kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952. - Bernama