Tak mungkin saya, PKR lebih Melayu daripada UMNO, Bersatu - Saifuddin

Iklan
Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA – Ketua Seketeriat Pakatan Harapan, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menegaskan PKR tidak mungkin mendakwa lebih Melayu daripada UMNO atau Bersatu, malah tidak mampu mengatasi Pas dalam membawa imej parti Islam.

Menurut beliau, persaingan berasaskan identiti kaum dan agama hanya menjadi kerugian yang tidak menghasilkan sebarang pemenang, sebaliknya rakyat perlu menilai prestasi kerajaan dalam menyelesaikan masalah sebenar negara.

Iklan
Iklan

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di sini pada Isnin.

Mengulas lanjut, Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata, selepas 69 tahun negara mencapai kemerdekaan, perdebatan politik seharusnya beralih daripada isu identiti kepada prestasi kerajaan dalam menyelesaikan masalah rakyat.

Iklan

Katanya, politik prestasi membolehkan rakyat menilai pencapaian sebenar sesebuah kerajaan, termasuk dalam menangani kemiskinan dan penyalahgunaan dadah.

"Negeri miskin ini dikaitkan dengan apa? Insiden dadah yang paling tinggi di Malaysia 100,000 setiap populasi. Jadi bila paling miskin, dadah paling teruk, tiba-tiba kita hanya bercakap tentang politik identiti Melayu, Cina, India. 

Iklan

"Sebab apa? Sebab tak ada masa untuk rakyat semak politik prestasi. Ya, kenapa kemiskinan masih lagi serius? Kemiskinan diikuti pula dengan kelemahan-kelemahan lain. Kalau nak bercakap tentang Islam dan Melayu terancam, Melayu terancam apabila kemiskinan bermaharajalela," jelas beliau.

AKAN MENYUSUL